Showing posts with label FYI. Show all posts
Showing posts with label FYI. Show all posts

Tuesday, May 24, 2011

Berkaki ayam

بسم الله الرحمن الرحيم

Acap kali saya ketemu mat salleh membiarkan anak-anak mereka bermain sambil berkaki ayam. Bila sampai bab begini kita selalu melabelkan... "eee...omputeh nie pengotor lah" . Itu standartlah bagi org kita kerana kita telah didik bahawa "kalau tak pakai selipar nanti cacing masuk kaki, boleh sakit, boleh mati dan sebagainya".

Saya ada terbaca bahawa membiarkan anak2 kecil bermain berkaki ayam dapat membantu perkembangan minda. Ini kerana ransangan2 di tapak kaki mengajar mereka mengenai bentuk permukaan bumi yang bermacam-macam. Memang betul bermain berkaki ayam diluar itu kotor tapi kotor boleh basuh. Perkembangan minda tak dapat dibeli atau ditop up bila dia org dah besar. Lagi satu, bila berkaki ayam tu agak-agak lah. Ibu bapa perlu peka, jika ada benda bahaya seperti kaca dan sebagainya sila alihkan atau beralih bermain di tempat lain...


Saya bercadang untuk berpesta kaki ayam bersama keluarga di:-
1. Pantai
2. Padang yang rumputnya cantik
3. Sungai
4. Paya,Sawah Padi atau kawasan berselut ( Mana nak carik kawasan macam nie kat KL? Sapa ada access boleh bagi tau tak? Kami mauuuuuuuuuuu )

Tuesday, March 22, 2011

Tunggu! Jangan tuam itu telor dulu...

السلام عليكم

Berikut adalah pendapat saya dari hasil kajian yang telah saya lakukan. Saya bukanya pakar kanak-kanak atau pun seorang Doktor. Saya hanyalah seoarang bapa yang berhati-hati terhadap apa yang ingin dilakukan terhapat anak-anak saya.


Kita sebagai orang Melayu akan memperolehi petua-petua orang-orang dulu dari sanak-saudara dan sahabat-handai. Dari permerhatian saya, sesetengah petua-petua ini tidak mendatangkan apa-apa kebaikan malah ada yang mengundang bahaya. Oleh itu saya sarankan supaya kita berhati-hati dengan nasihat orang-orang tua nie. Tidak semestinya jika orang-orang dahulu buat ianya betul!

Salah satu contoh mengarut yang saya jumpa ialah meletakan secebis kertas ke atas dahi bayi yang sedang sesedu. Ini mungkin tidak mendatangkan apa-apa mudarat pada bayi akan tetapi boleh ke kita percaya kertas itu dapat membantu? Perlu ker kita tidak pandaikan diri kita sedemikian rupa?

Contoh yang baru saya terima ialah untuk memanaskan kerandut bayi lekaki dengan menuam dengan jintan hitam untuk mengelakan angin pasang. Ini bukan sahaja sia-sia malah membahayakan bayi. Tuhan telah menjadikan kita sempurna. Kerandut lelaki dijadikan tergantung diluar adalah untuk mendapat suhu yang sejuk. Semestinya ada banyak sebab ianya dijadikan begitu dan salah satunya ialah untuk menjaga kesuburan lelaki tersebut. Oleh itu process yang melawan fitrah kejadian telur diluar itu sebenarnya bahaya. Tahukah anda bahawa salah satu cara untuk memandulkan lelaki ialah dengan memanaskan kerandutnya? Tahukan anda kenapa laptop bahaya diriba oleh lelaki? Sila layari link berikut
Male Contraception Using Testicular Heating Katakan tidak kepada telor panas!

Tolong betulkan saya jika saya salah.
والله علم