Tuesday, March 22, 2011

Tunggu! Jangan tuam itu telor dulu...

السلام عليكم

Berikut adalah pendapat saya dari hasil kajian yang telah saya lakukan. Saya bukanya pakar kanak-kanak atau pun seorang Doktor. Saya hanyalah seoarang bapa yang berhati-hati terhadap apa yang ingin dilakukan terhapat anak-anak saya.


Kita sebagai orang Melayu akan memperolehi petua-petua orang-orang dulu dari sanak-saudara dan sahabat-handai. Dari permerhatian saya, sesetengah petua-petua ini tidak mendatangkan apa-apa kebaikan malah ada yang mengundang bahaya. Oleh itu saya sarankan supaya kita berhati-hati dengan nasihat orang-orang tua nie. Tidak semestinya jika orang-orang dahulu buat ianya betul!

Salah satu contoh mengarut yang saya jumpa ialah meletakan secebis kertas ke atas dahi bayi yang sedang sesedu. Ini mungkin tidak mendatangkan apa-apa mudarat pada bayi akan tetapi boleh ke kita percaya kertas itu dapat membantu? Perlu ker kita tidak pandaikan diri kita sedemikian rupa?

Contoh yang baru saya terima ialah untuk memanaskan kerandut bayi lekaki dengan menuam dengan jintan hitam untuk mengelakan angin pasang. Ini bukan sahaja sia-sia malah membahayakan bayi. Tuhan telah menjadikan kita sempurna. Kerandut lelaki dijadikan tergantung diluar adalah untuk mendapat suhu yang sejuk. Semestinya ada banyak sebab ianya dijadikan begitu dan salah satunya ialah untuk menjaga kesuburan lelaki tersebut. Oleh itu process yang melawan fitrah kejadian telur diluar itu sebenarnya bahaya. Tahukah anda bahawa salah satu cara untuk memandulkan lelaki ialah dengan memanaskan kerandutnya? Tahukan anda kenapa laptop bahaya diriba oleh lelaki? Sila layari link berikut
Male Contraception Using Testicular Heating Katakan tidak kepada telor panas!

Tolong betulkan saya jika saya salah.
والله علم



1 comment:

  1. 'memandulkan lelaki ialah dengan memanaskan kerandutnya' Now that IS news bud. Mujuq boh laptop atas meja ;D

    ReplyDelete